SELAMAT DATANG KE BLOG SMK METHODIST AYER TAWAR, PERAK DARUL RIDZUAN

Rabu, 8 April 2015

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

        Pada permulaannya, SMK Methodist Ayer Tawar bukanlah sebuah sekolah dibiayai atau disokong oleh mana-mana pihak. Pada masa dulu, sekolah ini dibawah jagaan gereja yang bernama ‘Ayer Tawar Chinese Methodist Church’ dan bergelar Yu Tek Chinese School. Sebagai pusat pembaca, biasanya mesyuarat hanya diadakan di Bangunan Pendidikan Gereja.


        Dalam akhir tahun-30an, semua sekolah dibanjiri murid-murid untuk belajar Bahasa Inggeris. Yang tidak mendapat tempat, terpaksa belajar di sekolah ini. Penaja sekolah telah mendapat seorang guru besar yang berkeupayaan dan dinamik dalam membangunkan sekolah ini.


        Sekolah ini dimajukan semasa bimbingan Mr.Ngo Diew Tang dan Mr.Ngo Chae Diong pada tahun 1937. Di bawah bimbingan mereka, hanya kemudahan telah dibina. ‘Chinese Methodist Church’ telah dibeli untuk rancangan perkembangan sekolah ini. Sekolah ini ditutup pada zaman penjajahan Jepun. Guru-guru dan para pelajar telah berhenti sekolah kerana takut. Ada yang bekerja di sawah padi.

        Selepas Perang Pasifik sekolah ini dibuka semula. Cik Soo Ling telah dipertanggungjawabkan sebagai pengetua sekolah ini. Bilangan pelajar tidaklah ramai seperti yang dijangkakan. 

        Pada tahun 1949, En. Ngo Been Huan telah menjadi pemimpin sekolah ini. Pada masa itulah nama sekolah ditukarkan sebagai Methodist English School (MES). Sebelum ini sekolah ini hanya bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 kerana tidak cukup bilik. Para pelajar yang tamat di sekolah ini akan bersambung di Sekolah Menengah Ambrose yang berhampiran dengan sekolah ini dan juga terbaik di Manjung.

        Pada tahun 1992, sekolah ini menerima RM 50,000 daripada Dato Seri Lim Keng Yeik. Pada tahun 1992, Dato Seri Lim Yeik merasmikan sekolah ini. Kini, sekolah ini digelar sebagai ‘Gred A School’ sebab mempunyai semua infrastruktur lengkap bagi para pelajar dan guru-guru untuk menikmati keselesaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan